Search This Blog

APA ITU SEO

Posted by amykozo



SALAM SEMUA...

Tutorial kali nie aku nak menyentuh bab SEO.. apa itu SEO?hehe... aku rasa mana2 tutorial pasal blog mesti menekankan bab nie sebab SEO adalah sesuatu yang amat penting jika korang nak blog korang mendapat traffic yang tinggi dan teratas. kalau korang x buat benda nie tunggu sampai setahun pun takkan ada kat search yahoo or google..huhuhu

SEO adalah Search Engine Optimization ialah satu proses untuk meningkatkan jumlah dan kualiti trafik ke website melalui enjin pencari ( search engine ) melalui hasil carian yang  natural ( “organik” / “algoritmatik” ) terhadap sesuatu katakunci (keywords).  Kebiasaannya, laman web yang berada di kedudukan teratas untuk sesuatu kata kunci akan mendapat trafik pelawat yang lebih tinggi berbanding laman web di kedudukan terbawah. Ini bermakna, jika kedudukan sesuatu laman web berada di kedudukan teratas didalam enjin pencari, maka lebih besar kemungkinan mendapat pelawat ( visitor ).  Dengan teknik SEO juga, sesebuah laman web mampu menarik pelbagai jenis trafik seperti carian imej ( image search ) .Strategi untuk meningkatkan relevannya sesebuah website, teknik SEO mengambil kira bagaimana algoritma carian enjin pencari berjalan dan apa yang dicari oleh pengguna enjin carian.Terdapat 2 fasa penting dalam SEO iaitu On Page Optimization dan Off Page Optimization..

APA ITU ON PAGE OPTIMIZATION ?




On-page SEO merujuk kepada perkara-perkara yang perlu ada pada web itu sendiri seperti tajuk web, isi kandungan (content), kepekatan kata kunci (keyword density), tag dan lain-lain. Ia agak mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan masa yang lama.korang boleh belajar tentang SEO untuk membuatkan enjin carian google lebih mesra dengan web kita..sila tekan di sini...bro nescafe ais ada menunjukkan cara menukar kod html supaya spider google menyelinap ke seluruh page kita dan tidak hanya melihat pada hadapan page kita..korang juga PERLU daftarkan laman web blog korang korang kat sini:

(pastikan anda menulis keywood di komen berkenaan dengan title blog anda)

YAHOO
GOOGLE

sebelum korang letak keywood, pastikan anda check keywood anda di google atau yahoo. berapa banyak page yang berkenaan dengan keywood anda.pastikan keywood yang anda gunakan adalah sesuatu yang dicari2 dan tidak banyak page di situ.(fikir2kan)

APA ITU OFF-PAGE OPTIMIZAATION ?




Off-page SEO pula ialah faktor-faktor luaran yang akan memberikan kesan kepada populariti web tersebut..dan ianya ialah backlink. Untuk sesi belajar seo kali ini, aku akan cuba terangkan sikit tentang backlink. Backlink yang baik ialah backlink dengan  anchor text sasaran . Dan backlink yang berkualiti pula ialah backlink dgn anchor text sasaran dari page yang mempunyai PR yang tinggi. aku cuba terangkan serba sedikit tentang nie :






  • 1) Membuat komen di blog orang lain (biasanya ada ruangan untuk memasukkan url website korang)
  • 2)Sertai mana-mana forum dan letakkan link korang pada bahagian signature(contohnya CARI GOLD,MALAYSIA FORUM atau lain2)
  • 3)Hantar artikel yang diselitkan dengan url website anda ke mana-mana direktori artikel (ni kt mne2 korang jumpa selit je web korang)
  • 6)pasang plugin facebook atau twitter(nie aku akan ajar kat tutorial).
  • 7)cari kawan yang ada blog(mintak diorang selitkan url korang kt blog diorang dan korang buat camtu gak kat diorang)
  • 8)kalu korang ada lebih dari satu blog, selitkan link blog korang kt blog yang lain(konsep yang sama seperti tukar2 link dengan pemilik blog lain)
  • 9)Tulis artikel yang bermanfaat dan di sukai orang(ini akan membuatkan orang mudah meletakkan website anda di ruangan blog mereka atau di mana2.


ini cuma beberapa pendapat yang aku boleh bagi, kalu korang ada idea yang lebih baik , aku sarankan korang guna idea tue..kan lebih bagus idea yang datang dari minda anda kerana ianya tidak dimiliki oleh orang lain..hehe so aku doakan blog korang mendapat tempat yang tertatas..mudah2 han..

RECENT POST

To all u...






Tutorial
back to top